PELANCARAN BLOG BARU

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | | 0 comments »

Salam Sejahtera !

Terima Kasih kepada anda semua yang telah berkunjung ke blog ini. Blog ini dibangunkan pada tahun 2007 kesenimbangunan dari blog terdahulu www.aldiniah.bravejournal.com yang dibangunkan pada bulan November 2005.

Kini pada 1 Muharram 1431 yang lepas saya telah melancarkan blog peribadi saya dan anda boleh ke


InsyaALLAH saya akan terus menulis blog dan perjalanan aktiviti saya di situ.

Sekian


Hairuddin Abdullah / Che Din

www.hairuddin.com

Salam sejahtera ! Apa khabar anda pada hari ini . Hari ini aku di Perlis dalam suasana ibadah korban yang masuk hari kedua. Walaupun aku berada dimana sahaja namun usaha bisnes tetapi boleh di teruskan , usaha membuat promosi secara online juga tetap diteruskan , menerima tempahan dari downline dan prospek juga tetapi diterima baik melalui email ataupun sms. Jadi tidak ada masalah dimana-masa sahaja bisnes ini boleh berjalan.

Begitu juga kepada rangkaian aku yang lain dimana mereka terus menerima order dari seluruh pelusuk negara dan apabila proses jual beli itu berlaku mereka akan sms kepada aku dan minta bantuan untuk menguruskan tempahan dan sebagainya.

Aku juga baru je cuba mobile broadband Maxis ni dan nampak laju je kat kampung Perlis ni. Kebetulan ada promosi kepada pelanggan maxis dengan bayaran bulanan antara yang paling rendah setakat ni yang aku jumpa. Jadi pada kesempatan ini boleh la aku updated blog ini dimana sahaja seperti aku jalankan bisnes bersama GFI.

The Art Of Closing The Sale

Disamping itu juga aku tengah nak habiskan baca buku yang bertajuk diatas tadi tulisan pengalaman Brian Tracy dan buku ini cukup bagus kepada mereka yang terlibat dalam bidang jualan. Ada juga sekarang edisi Bahasa Melayu . Aku ada guna salah satu teknik yang diberikan dan menjadi. Jadi kepada rangkaian dan rakan-rakan boleh baca buku ini sebagai usaha menambah ilmu dan kemahiran.

Ok la , petang ni ada satu appointment di Beseri , Perlis. Beliau memang dah lama nak jadi member GFI tetapi hari ini baru ada peluang untuk bertemu. Moga semuanya berjalan lancar. AMIN


Sekian


HAIRUDDIN ABDULLAH

MALAM ROAD TO MILLIONAIRE

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | | 0 comments »

Salam Sejahtera , malam ini baru nampaknya ada kesempatan saya mengemaskini blog yang nampaknya lama tidak dikemaskini.

Alhamdulillah pada malam Ahad yang lepas (8 Nov 09) syarikat GFI telah mengadakan Malam Road To Millionaire dan seramai 11 orang telah berjaya mencapai pangkat Diamond Director dan mendapat BMW 5 Series. Walaupun syarikat baru memulakan aktiviti perniagaan pada bulan Jun 2009 namun perkembangan perniagaan ini cukup pesat sekali.

Pada malam itu juga 1 produk baru telah dilancarkan. Produk khas untuk lelaki yang diberi nama DECODED selain GFI telah membuat MOU dengan International Society Cosmetic Federation.

Tahniah kepada Puan Norhayati Ismail kerana telah layak untuk ke Jakarta 4 Hari 3 Malam. Alhamdulillah aku juga telah berjaya mencapainya dan sekarang sasaran dalam bulan-bulan berikutnya adalah untuk mencapai pangkat Diamond Director.

SLIMMING PATCH

Kini syarikat juga telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Slimming Patch ( Toxin & Fat Removal Patch) . Aku dah pakai 2 malam dan nampaknya sungguh menakjubkan. Aku dapat melihat seperti minyak atau lemak yang keluar melalui titik akupuntur dan diserap.

Sesiapa yang berminat nak mencuba produk SLIMMING PATCH bolehlah bagi tau ye. Harga RM80.00 satu kotak.

--------------------------------------

Sesiapa yang menyertai bisnes GFI dengan Pakej Bronze - RM400.00 akan dapat PERCUMA 1 Kotak Slimming Patch.

Oklah aku rasa setakat ini dahulu yang dapat disampaikan. InsyaALLAH esok ada Perjumpaan GFI di Rumah Rehat Grik , Perak dan Isnin Malam ( 16 Nov ) akan diadakan di Hotel Sri Malaysia , Bayan Baru , Penang jam 8.30 malam.

Sekian

Hairuddin Abdullah
www.700.myniga.net

LAMA TAK UPDATED BLOG

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | | 0 comments »

Salam Sejahtera , apa khabar rakan2. Maaf kerana lama tak kemaskini blog ini kerana agak sibuk menyediakan keperluan dan peralatan bisnes untuk rakan-rakan bisnes. Kini blog ini adalah catatan perjalanan bisnes secara santai. Terima Kasih kerana ada juga rakan-rakan yang follow blog ini .. InsyaALLAH bila dah mula ada kelapangan ia akan diaktifkan kembali...

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

KEJAYAAN ADALAH PERJALANAN

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | | 0 comments »

Salam Sejahtera ! Apa khabar semua hari ini. Hari ini hari minggu dan sempat pada 2 hari ini balik Kampung di Perlis ( kampung isteri ) menjenguk ibu dan ayah di kampung. Si Ayah sedang sibuk menguruskan Bendangnya dan sekarang tengah proses menabur benih. Alhamdulillah kehidupannya sekarang semakin selesa hasil penat lelah dan perjuangan di usia muda. Bertolak balik dari Perlis jam 8.30 pagi dan sampai di Sungai Petani jam 10 Pagi singgah di rumah seorang sahabat Bisnes . Disambut isterinya yang penuh ceria dan senyuman kegembiraan.

Semasa menantikan suaminya balik kerumah kerana keluar , sempat kami berbincang tentang kisah suka duka perjalanan bisnes suami. Pernah berada di puncak dan jatuh ke bumi dan kini kembali bangkit untuk menjejak kejayaan kembali. Tertarik dengan cerita usahawan kurma Yusof Taiyob (YUTA) yang mana apabila Ramadhan kita dapat melihat iklan YUTA bersilih ganti di akhbar , radio dan TV. Namun setelah dikorek rahsia kejayaan beliau , didapati kejayaan yang beliau capai hari ini adalah hasil titik peluh tanpa jemu dan putus asa selama 30 tahun mengusahakan perniagaan ini. Kini beliau boleh berbangga dengan terdirinya kilang dan gudang YUTA di Juru dan anda boleh lihat dari Lebuh Raya Utara Selatan.

Berbalik kepada kisah suami beliau , dahulu suami beliau antara seorang usahawan yang berjaya dan tiba-tiba apa yang dimiliki habis semuanya termasuk kereta , rumah dan segalanya. Sehelai sepinggan kehidupannya . Nasib baik suaminya mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang elektronik dan air cond yang dikutip semasa usia muda dan dari pengalaman dan kemahiran itulah beliau gunakan untuk mengambil upah memasang air cond dan membuat wiring di rumah. Kini beliau telah memulakan kembali bisnes yang pernah beliau lakukan dahulu menggunakan ilmu , kemahiran dan pengalaman yang telah beliau miliki. Jadi KEJAYAAN bukanlah nilai segala-galanya , tetapi PROSES MENCAPAI KEJAYAAN itu lebih bernilai dan berharga dan sudah pasti KEJAYAAN adalah satu perjalanan yang tidak ada penghujungnya selagi hayat di kandung badan. Namun setiap usaha yang kita lakukan apabila mencapai MATLAMAT yang kita tetapkan ITULAH KEJAYAAN NAMANYA baik ia kecil dan besar.

KEJAYAAN YANG BESAR bermula dari MENCIPTA KEJAYAAN YANG KECIL.

Jadi pengalaman dan kemahiran perlu kita kumpulkan sebanyak mungkin semasa usia kita masih muda untuk bekalan masa hadapan. Kita sudah pasti tidak tahu apa yang akan berlaku tentang masa depan tetapi hari ini adalah perjalanan tentang masa hadapan kita.

Ok lah , nak pi cari chatridge ink printer dah habis , esok pagi-pagi nak mula siapkan surat jualan untuk dihantar kepada prospek yang minta informasi bisnes.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup dalam apa jua lapangan yang kita ceburi selagi ia halal dan tidak bertentangan syari'at.

Sekian

Hairuddin Abdullah a.k.a Che Din